Wednesday, October 20, 2010
belajar excel bukanlah suatu perkara yang mudah apatah lagi jika ingin menjadi seorang yang mahir excel. jikalau sekadar menaip dan mengetahui sedikit maklumat tidak memadai dengan keperluan excel itu sendiri yang mempunyai pelbagai fungsi untuk dipamerkan kepada setiap insan yang memerlukan terutama di dalam bab matematik, carta, graf dan sebagainya.
pembelajaran berkaitan tips, cara dan formula amat penting dalam excel dalam memperkasa apa jua perkara yang kita kehendaki. mempelajari excel ini memang saya minat tetapi untuk mempelajarinya, kita terpaksa duduk berjam-jam di depan komputer dengan membelek satu persatu setiap fungsi excel. kekadang membuang masa, apatahlagi benda yang kita belajar tetapi terlupa kerana kurang menggunakan excel.
dengan kesempatan yang ada ini, saya ingin berkongsi bersama anda serba sedikit maklumat yang saya ketahui dalam mempelajari ilmu ini. mudah-mudahan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. semoga dengan usaha yang sedikit ini mendapat keredhaan dan ganjaran daripada yang Maha Esa.
Currently have 0 comments: