Thursday, October 21, 2010
permulaan 0 di dalam sel
Wednesday, October 20, 2010
tukar baris kepada lajur dan sebaliknya
kekadang kita menaip di dalam sel A1:isnin, A2:selasa, A3:rabu (secara melajur ke bawah) tetapi tersilap sepatutnya di dalam sel A1:isnin, B1:selasa C1:rabu (secara berbaris) seperti contoh di bawah:
contoh bermula kita menaip dari sel A1. A2 dan seterusnya:
isnin
selasa
rabu
apa yang dikehendaki kita menaip secara berbaris:
isnin selasa rabu
jadi, cara nak tukar daripada lajur(columns) kepada baris(rows) atau sebaliknya seperti contoh ini:
1. highlight sel yang kita nak ubah seperti sel A1 ke sel A2 dan seterusnya.
2. klik kanan dan pilih copy.
3. pilih sel yang kita kehendaki dan klik kanan semula dan pilih paste special.
4. pada dialog box tandakan sahaja pada kotak transpose.
sel asal anda daripada melajur akan bertukar kepada berbaris.
selamat mencuber.
ingin membuat paragraph dalam satu sel memang cukup payah, tidak seperti words jika kita tekan butang ENTER di dalam MS word sudah pasti akan ke paragraph kedua tetapi ada trick dalam excel boleh berbuat demikian. dengan kata yang lain di dalam sel anda boleh buat pelbagai baris.
caranya:
di dalam sel yang ANDA taip, untuk ke baris kedua (perenggan kedua) tekan kekunci "ALT" dan jangan lepaskan, terus tekan "ENTER". ikuti cara tersebut untuk baris berikutnya.
perhatian: kaedah ini tidak sama dengan "wrap text" kerana "wrap text" berubah keadaan mengikut baris dan lajur yang kita tentukan.
belajar excel bukanlah suatu perkara yang mudah apatah lagi jika ingin menjadi seorang yang mahir excel. jikalau sekadar menaip dan mengetahui sedikit maklumat tidak memadai dengan keperluan excel itu sendiri yang mempunyai pelbagai fungsi untuk dipamerkan kepada setiap insan yang memerlukan terutama di dalam bab matematik, carta, graf dan sebagainya.
pembelajaran berkaitan tips, cara dan formula amat penting dalam excel dalam memperkasa apa jua perkara yang kita kehendaki. mempelajari excel ini memang saya minat tetapi untuk mempelajarinya, kita terpaksa duduk berjam-jam di depan komputer dengan membelek satu persatu setiap fungsi excel. kekadang membuang masa, apatahlagi benda yang kita belajar tetapi terlupa kerana kurang menggunakan excel.
dengan kesempatan yang ada ini, saya ingin berkongsi bersama anda serba sedikit maklumat yang saya ketahui dalam mempelajari ilmu ini. mudah-mudahan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. semoga dengan usaha yang sedikit ini mendapat keredhaan dan ganjaran daripada yang Maha Esa.